Jom bercuti bersama Kereta Sewa Penang |
1. Pasport
Pastikan passport anda masih sah / masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh pulang dari tarikh anda melancong.
2. Tempah tiket penerbangan.
Tempah tiket penerbangan seawal 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi untung beli ketika promosi.
Pastikan anda membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong.
Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. simpan salinan tiket penerbangan sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.
3. Buat itinerari percutian anda.
Buat ‘survey’ dahulu melalui internet. Susun sendiri itinerari program anda. Contohnya dengan menempah hotel sendiri, pengangkutan menggunakan pengangkutan awam dan makanan dibawa siap.
4. Jangan kena tipu
Berhati-hati kerana dikhuatiri anda ditipu oleh orang yang tidak dikenali. Rujuk kawan-kawan yang telah sampai ke tempat yang ingin kita pergi. Ini memudahkan kita untuk menyusun perjalanan percutian kita dengan baik.
Jalan penyelesaian. Anda boleh dapatkan pakej ‘Groud Handling’ daripada agensi pelancongan yang sah. Dengan itu, tugasan anda mudah tanpa perlu menempah segala bagai. Anda hany perlu mengikuti perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan.
5. Tukar duit di pengurup wang berlesen.
Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik. Kebiasaanya di area Bukit Bintang. Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah. Kita rugi di situ.
6. Duit ‘Emegency’
Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Sorok duit dalam stokin atau bekas syamfoo yang kosong.
7. Pakaian
Bawa pakaian yang perlu sahaja.kurangkan pakaian. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita.
8. Aksesori wajib sebagai seorang pelancong
Barang-barang yang merupakan senjata untuk anda bawa bersama. Seperti :
Makanan segera, biskut & roti
Losyen
Ubat-ubatan
Botol Air
Selimut & Bantal
Cermin mata
‘Internatonal Adaptor’
Kompas & sejadah
Sweater
Beli peta
9. Datang awal ke ‘airport’
Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.
10.Jaga keselamatan barangan
Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita.Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak. Jadi berhati-hati. Jangan kerana kelapaan kita membuatkan percutian kita hancur begiut sahaja.
P/S : Anda boleh jadikan tip ini sebagai panduan. Semoga ianya bermanfaat untuk anda. Jom mengembara. Jauh perjalanan, luas pengalaman, luas pengetahuan.
Kereta sewa penang mengucapkan selamat jalan kepada anda.
Servis terbaik tuan.. Tq
ReplyDelete